Paparan Lebih Sempurna Di Mozilla Firefox
مولاكن دڠن بسم الله دسودهي دڠن الحمدلله
SELAMAT MELAYARI PORTAL RASMI
TERKINI : Note to all visitors of this portal. GS (gemilangsksin units) we welcome all visitors to comment constructively and suggestions to be displayed on this site.
"1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"
********************************************************************
26 Disember 2012 : Mesyuarat Pengurusan Guru-guru, 27 Disember 2012 : Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah, 29 Disember 2012 : Mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum & Pendaftaran Pelajar Sesi 2013, 30 Disember 2012 : Mesyuarat HEM. Semua Mesyuarat bermula jam 08.30 pagi....26 Disember 2012 : Mesyuarat Pengurusan Guru-guru, 27 Disember 2012 : Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah, 29 Disember 2012 : Mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum & Pendaftaran Pelajar Sesi 2013, 30 Disember 2012 : Mesyuarat HEM. Semua Mesyuarat bermula jam 08.30 pagi

Ustazah, anak lelaki dibunuh kejam

Hari      :       Sabtu
Tarikh   :       04 Sept. 2010

ANGGOTA polis mengangkat mayat Norliza Ishak dan anak lelakinya, Amirul Ayman Mohd. Yusof yang ditemui mati dipercayai dibunuh penjenayah yang memasuki rumah mereka di sebuah flat di Jalan Sutera Lama di Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam.


PORT DICKSON - Seorang ustazah dan anak lelakinya ditemui mati dibunuh dengan kaki dan tangan terikat serta kepala mangsa dibalut kain sarung dalam kejadian di sebuah flat di Jalan Sutera Lama berhampiran Pasar Besar di sini pagi ini.
Dua beranak malang yang dibunuh kejam itu ialah Norliza Ishak, 35, dan anak lelakinya, Amirul Ayman Mohd. Yusof, 10.
Mangsa mengajar di Sekolah Kebangsaan Port Dickson dan berasal dari Kampung Pulau Kerbau, Palekbang, Kelantan.
Ketika kejadian, dia hanya tinggal bersama anak lelakinya kerana suaminya menguruskan perniagaan di Kaherah, Mesir.