Hari : Ahad
Tarikh : 05 Sept. 2010Keputusan sama ada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuh atau dikekalkan hanya akan dibuat selepas persidangan meja bulat kali ketiga.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, persidangan yang dijadualkan selepas Aidilfitri ini merupakan peringkat terakhir sebelum kerajaan memuktamadkan cadangan tersebut.