Hari : Khamis
Tarikh : 16 Sept. 2010
Seorang guru muzik hanya berkesempatan meraikan Hari Raya Aidilfitri selama enam hari apabila dia hari ini dihukum penjara 15 tahun dan sebatan dua kali atas kesalahan melakukan seks luar tabii dan mencabul seorang pelajar perempuan, tiga tahun lalu.
Abdul Wahid Mohd. Haneepa, 43, dikenakan hukuman tersebut selepas Mahkamah Tinggi di sini menerima rayuan pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Sesyen melepas dan membebaskannya daripada ketiga-tiga tuduhan yang dihadapinya.
Guru sekolah menengah yang telah berkhidmat selama 16 tahun (Abdul Wahid) disabitkan kesalahan memaksa mangsa berusia 14 tahun ketika kejadian untuk melakukan seks oral di dalam bilik muzik sekolahnya kira-kira pukul 5.30 petang pada pertengahan April 2007.
juga : Keputusan UPSR dijangka terbaik
Terengganu percaya ia mampu mencatatkan pencapaian kemuncaknya dalam tempoh 10 tahun bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) apabila lebih 27 peratus daripada 22,799 calon pada tahun ini mendapat 5A dalam ujian percubaan baru-baru ini.