Hari : Selasa
Tarikh : 27 Julai 2010kelihatan murid-murid tahun 6 al-biruni dan 6 al-zahrawi sedang menjawab soalan Peperiksaan Percubaan UPSR 2010
kelihatan Mohamad Hakimi murid UPSR 2010 terpaksa menjawab soalan percubaan di bilik rehat kantin akibat terlibat dalam kemalangan jalanraya. "Berhati-hati di jalanraya"
RM10 ribu yang dibayar kepada kontraktor yang membina surau.
Dipetik dari ????? :
Ramai umat Islam yang berpuasa pada nisfu Syaaban. Namun, ada pendapat mengatakan perbuatan ini sebagai bidaah. Benarkah?
Sememangnya perbahasan ulama dalam bab ini tidak pernah habis bermula daripada Imam Syafie sehinggalah Imam Syatibi.
Begitulah dalam bab fikah. Sebab ia melibatkan kefahaman maka ia akan berubah apabila masa dan tempat serta keadaan persekitarannya berbeza.
Kalau kita mengaitkan puasa pada 14 atau 15 Syaaban itu sebagai datang daripada Rasulullah SAW, maka itu bidaah. Sebabnya, tidak ada hadis yang mengaitkan puasa hari tersebut dengan nisfu Syaaban. (Nisfu bermaksud setengah atau separuh)
Jadi, kalau kita nak puasa pada tarikh tersebut boleh saja. Cuma jangan dikaitkan dengan puasa nisfu. Terutama bagi mereka yang melazimi berpuasa pada hari 13, 14 dan 15 setiap bulan.
Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi SAW telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara iaitu puasa tiga hari setiap bulan (13, 14 dan 15 haribulan), dua rakaat Dhuha dan solat witir sebelum aku tidur. (riwayat al-Bukhari)
Sebenarnya kita mewarisi ikhtilaf ulama sejak dulu lagi yang dikenali sebagai hadis mauduk (palsu). Sebab itu, ulama fikah dulu ambil pendirian syadid (keras) dalam bab ini. Tujuannya untuk mengelak ia berleluasa.