Paparan Lebih Sempurna Di Mozilla Firefox
مولاكن دڠن بسم الله دسودهي دڠن الحمدلله
SELAMAT MELAYARI PORTAL RASMI
TERKINI : Note to all visitors of this portal. GS (gemilangsksin units) we welcome all visitors to comment constructively and suggestions to be displayed on this site.
"1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"
********************************************************************
26 Disember 2012 : Mesyuarat Pengurusan Guru-guru, 27 Disember 2012 : Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah, 29 Disember 2012 : Mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum & Pendaftaran Pelajar Sesi 2013, 30 Disember 2012 : Mesyuarat HEM. Semua Mesyuarat bermula jam 08.30 pagi....26 Disember 2012 : Mesyuarat Pengurusan Guru-guru, 27 Disember 2012 : Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah, 29 Disember 2012 : Mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum & Pendaftaran Pelajar Sesi 2013, 30 Disember 2012 : Mesyuarat HEM. Semua Mesyuarat bermula jam 08.30 pagi
Hadiah Istimewa Buat Ustazah

Hari          :          Khamis
Tarikh       :         22 Julai 2010 

 Cikgu Mohd Adli Azmi rupa-rupanya bukan sahaja mampu mendidik dengan jayanya tetapi beliau juga berkebolehan menyambung wayar pembesar suara (mic) yang putus. Inilah Masherano atau Mat Gaiber Malaysia.

Tingginya bunga raya sama tinggi dengan kapal terbang yang tiada asap.


cantik sekali penyu, dari sabah ke?




hadiah dari seorang murid


 kelihatan ustazah norakma sedang menambah kismis untuk murid-murid tahun 6 sambil diperhati oleh ustazah emy

murid-murid PKBP dan guru-gurunya



Kesatuan guru setuju mansuh UPSR, PMR

Kesatuan-kesatuan guru bersetuju dengan cadangan memansuhkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada perbincangan Meja Bulat pertama di sini hari ini.
Bagaimanapun, pemansuhan itu bersyarat dengan menggantikan kedua-dua peperiksaan awam tersebut dengan ujian penilaian lain untuk mengukur tahap pencapaian pelajar.
Perbincangan Meja Bulat yang bermula pukul 2 petang dan berakhir pukul 5.30 petang itu dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom dan disertai kesatuan-kesatuan guru, wakil-wakil institusi pengajian tinggi (IPT) dan wakil-wakil guru.
Bercakap kepada pemberita di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, Pengerusi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohamad Sabri Mohd. Arsad berkata, fungsi sebenar UPSR dan PMR kurang jelas kerana ia berasaskan penilaian kognitif melibatkan penilaian intelek semata-mata.
“PMR dan UPSR boleh diertikan sebagai penilaian yang hanya menggunakan pensil dan kertas sahaja kerana tidak melibatkan bentuk penilaian yang meluas,” katanya.
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng pula berkata, pihaknya sebelum ini memang menyatakan pendirian mereka menyokong cadangan pemansuhan PMR dan UPSR.