Aktiviti : Majlis Restu UPSR
Tarikh : 10 Sept 2012
Majlis ini merupakan salah satu aktiviti tahunan untuk murid-murid UPSR. Tujuan diadakan majlis restu ini adalah untuk memastikan murid-murid mendapat restu sepenuhnya daripada ibu bapa dan guru-guru, memberi peluang kepada murid-murid untuk memohon maaf di atas segala kesilapan yang telah dilakukan samada sengaja atau tidak sengaja. Dengan harapan majlis ini akan merapatkan silaturrahim dan mendapat keredhaan daripada NYA.
Atucara majlis ;
- Tazkirah kecemerlangan
- Ucapan Pengerusi-pengerusi Panitia
- Ucapan Guru besar
- Ucapan Dato' Wan Marzuki Hj. Sembok
- Bersalaman dan restu
- Tazkirah kecemerlangan
- Ucapan Pengerusi-pengerusi Panitia
- Ucapan Guru besar
- Ucapan Dato' Wan Marzuki Hj. Sembok
- Bersalaman dan restu
"Dipetik dari Warkah Pohon Kemaafan, Restu dan Doa"
Maafkanlah saya : Dengan penuh keinsafan saya menyusun jari memohon kemaafan dari cikgu sekiranya selama ini saya ada terkasar bahasa dan berlaku biadap sehingga melukakan perasan dan hati cikgu. Sesungguhnya kemaafan dari cikgu tidak ternilai harganya bagi saya.
Restuilah saya : Selain dari restu ibu bapa, restu cikgu amatlah penting bagi saya kerana dengan restu ibu bapa disertai dengan restu cikgu maka insya' allah restu Allah s.w.t akan mengiringinya dengan amat mudah. Restuilah saya menggunakan segala ilmu yang cikgu curahkan kepada saya selama ini.
Doakan saya : sesungguhnya kejayaan cemerlang lagi gemilang tidak akan dapat didakap tanpa doa ibu bapa dan juga doa dari para guru. Saya memohon agar dapat mengiringi doa kedua ibu bapa saya agar saya dapat menghadapi peperiksaan UPSR dengan penuh ketenangan, keyakinan dan seterusnya memperolehi kejayaan cemerlang sepertimana yang dihajati oleh setiap pelajar.
Ustaz Jamalizan Jalil menyampaikan motivasi kecemerlangan kepada murid-murid dan tetamu yang hadir |
ucapan restu cikgu Siti Sa'aidah Jaafar |
ucapan restu cikgu Jawahir Yusof |
ucapan restu cikgu Hayati Darus |
ucapan restu usthjkhairu |
En.Affandi Kamaruddin (Guru besar) dan Dato' Wan Marzuki Hj.Sembok |
ucapan restu En.Affandi Kamaruddin (Guru besar) |
ucapan Dato' Wan Marzuki Hj. Sembok |
bersalam-salaman |
bersurai |