Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432H
Hari : SelasaTarikh : 07 Dis. 2010
Bersamaan : 01 Muharram 1432H
Tema : 1Malaysia, 1Ummah
MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Peristiwa-peristiwa penting:
1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.
DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

DOA AWAL TAHUN
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

SBP: Antara dua darjat
Reputasi sekolah berasrama penuh (SBP) sebagai institusi yang melahirkan modal insan berkualiti tinggi sudah terbukti. Saban tahun, pencapaian akademik pelajar SBP secara keseluruhan adalah yang ter- baik. Dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sepuluh sekolah terbaik sentiasa didominasi oleh SBP.
Kecemerlangan ini disebabkan suasana pengajaran dan pembelajaran (P&P) di SBP sangat kondusif. Kemudahan prasarananya lengkap dan sempurna. Komitmen pengurusan dan guru di sekolah kategori ini juga amat tinggi.
Faktor tersebut membuat ramai ibu bapa mahu menghantar anak ke SBP termasuk yang tidak mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Hakikatnya tempat yang ada sangat terbatas. SBP hanya mampu menampung sepuluh peratus daripada 48,327 calon yang mendapat semua A dalam UPSR baru-baru ini.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, Kementerian Pelajaran akan menggunakan asas pemilihan pelajar cemerlang daripada keluarga miskin untuk kemasukan ke SBP mulai pengambilan tahun depan.
Hal ini selari dengan matlamat asal penubuhan SBP iaitu untuk memberi peluang kepada pelajar bumiputera yang cemerlang dan berpotensi daripada keluarga berpendapatan rendah sama ada dari bandar, kampung mahupun pedalaman.
Sejak tiga dekad yang lalu, dasar ini telah berjaya membanteras kemiskinan melalui pendidikan. Hasilnya, ramai lepasan SBP yang kini mengisi jawatan utama sama ada di sektor awam mahupun swasta. Ramai juga yang menjadi pemimpin ternama dan usahawan yang berjaya.
Justeru, ibu bapa yang berkemampuan usahlah bersaing untuk merebut tempat ke SBP ini. Berilah ruang dan peluang kepada yang lebih memerlukannya. Hantarlah anak kita ke sekolah harian biasa yang tidak kurang hebatnya.
Ada juga sekolah harian yang berstatus Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan Sekolah Kluster Kecemerlangan. Walaupun bilangan sedikit namun ia akan ditambah dari semasa ke semasa.
Manakala ibu bapa yang pendapatan isi rumahnya puluhan ribu sebulan pula boleh memilih sekolah swasta sebagai alternatif.
Secara sifir mudahnya, ibu bapa kategori ini mampu menyediakan kemudahan pendidikan yang setara atau lebih baik daripada apa yang terdapat di SBP.
Mereka tentunya tidak menghadapi kekangan kewangan untuk menghantar anak ke pusat tuisyen atau mengupah guru mengajar di rumah. Apatah lagi membeli buku latih tubi atau sisipan pendidikan Utusan Malaysia.
Jika masih belum mencukupi, langgan pakej pembelajaran atas talian yang banyak terdapat di pasaran, misalnya Portal Pendidikan Utusan di www.tutor.com.my.
Kepada alumni SBP, inilah masa untuk membalas jasa. Pertama, jangan hantar anak ke SBP walaupun layak secara akademik supaya anak orang susah dapat menikmati kemudahan belajar yang sempurna. Hal ini keranan mungkin itu satu-satunya peluang untuk keluarga tersebut keluar daripada belenggu kemiskinan.
Kedua, hulurkan sumbangan dalam apa jua bentuk khususnya kewangan untuk membantu pelajar di SBP yang memerlukannya sama ada sebagai wang saku atau untuk membeli buku, alat tulis dan pakaian kelengkapan sekolah.
Suasana Di SKSIn Semasa Cuti Akhir Tahun 2010
Hari : RabuTarikh : 01 Dis. 2010
Masa : 10.30 pagi
Pn.Hjh Wan Zainah (GPK 1) bersama kakitangan sksin berehat di kantin |
2 orang pelajar 5A 2010 Iffah dan Eleri di bilik Guru besar |
2 orang guru cemerlang sedang menyiapkan kerja2 tambahan di musim cuti dengan penuh tekun |
Qorban Perdana SKSIn 2010
Hari : Rabu (raya pertama)Tarikh : 17 Nov 2010
Masa : 09.30 pagi
Sebanyak 4 ekor lembu diqorbankan di Sekolah Kebangsaan Seri Iman pada hari raya pertama.
lembu pertama sedang ditumbangkan |
usthjkhairu bersedia untuk menyembelih lembu 01 |
usthjkhairu sedang menyembelih lembu 03 |
tekanlah betul-betul usthaddad jangan segan-segan |
lembu 04 sedang disembelih |
banyaknya darah |
En.Rosli bin Ahmad YDP PIBG pun turut serta dalam ibadat Qorban ini |
Cikgu Rosli Yusof dan Cikgu Din ......berlumba ke tu! |
Pengantin baru pun turut serta..... bravo usthaikal |
ayunan nikmat................eee bestnya, terbayang di dalam mangkuk nanti |
Majlis Anugerah Ilmu 2010
Hari : IsninTarikh : 15 Nov 2010
Masa : 08.30 pagi
Melabuh Tirai 2010
Hari : AhadTarikh : 14 Nov 2010
Masa : 03.30 petang
En.Ahmad Kamal bin Ismail (Guru besar), En.Sazali A Hamid (GPK Hem) dan En.Wan Ahmed (GPK Petang) sedang menanti majlis dimulakan |
seorang je ke ! |
barisan guru-guru cemerlang 2010 |
jangan cederakan pengantin baru tu cikgu Abdul |
En.Ahmad Kamal b Ismail (Guru besar) dan En.Rosli Ahmad (YDP PIBG) |
Terima Kasih Cikgu
Hari : Ahad
Tarikh : 14 Nov 2010
Pengumuman Keputusan UPSR 2010
Hari : KhamisTarikh : 11 Nov 2010
Masa : 10.30 pagi
Taklimat Ke Sekolah Berasrama Penuh Murid2 5A UPSR
Agihan Buku Teks
Hari : KhamisTarikh : 11 Nov 2010
Masa : 08.30 pagi
Penyampian Hadiah Aktiviti PASCA UPSR
Suasana Solat Hajat Terakhir Sebelum Keputusan UPSR
Hari : Rabu (malam khamis)Tarikh : 10 Nov 2010
Masa : 07.00 malam - 08.30 malam
Jamuan Perpisahan Tahun 6 2010
Hari : RabuTarikh : 10 Nov 2010
Masa : 04.00 petang
Hafazan Al-Quran
Hari : SelasaTarikh : 09 Nov 2010
Dari Pejabat Agama Daerah Kemaman mengambil cek bernilai RM800.00 untuk murid-murid hafazan
Jamuan Perpisahan 2010
Jamuan Perpisahan Tahun 01Jamuan Perpisahan Pra Sekolah 2010
Jamuan Perpisahan Tahun 5 2010 di bilik kesihatan
Go Liverpool Go......
Hari : IsninTarikh : 08 Nov 2010

Jamuan Perpisahan 2010
Hari : AhadTarikh : 07 Nov 2010
Jamuan Perpisahan PKBP
Agihan Buku Teks 2011
Latihan Murid2 Pra Sekolah Untuk Hari Anugerah
Selamat Pengantin Baru 2010
Hari : SabtuTarikh : 06 Nov 2010
Taklimat JawatankuasaKerja Hari Mesra Tahun 6
Hari : KhamisTarikh : 04 Nov 2010
Karnival Bola Sepak & Bola Jaring Bawah 11 Tahun MSSD Kemaman 2010
Hari : RabuTarikh : 03 - 04 Nov 2010
Tempat : SMK Bukit Mentok
Masa : 02.00-6.00 petang
- Mohd Shafiq Hafizan b Rozali - 5 Ibnu Khaldum
- Mohd Jalaluddin b Juma Jeffri - 5 Ibnu Batutah
- Zulhaimi Haikal b Zulkifli - 5 Ibnu Khaldum
- Mohd Norhafiz b Mohd Nor - 5 Ibnu Batutah
- Mohd Nazrul b Aziz - 5 Ibnu Khaldum
- Ahmad Ashraf Afif b Ahmad Aidil 5 Ibnu Khaldum
- Mohd Farhan b Mat Rasdi - 5 Ibnu Khaldum
- Ahmad Firdaus b Musa - 5 Ibnu Hambal
- Ahmad Faizee b Solleh - 4 Amanah
- Ahmad Shafiq Aiman Abdullah - 4 Bestari
- SK Kg Tengah (0) - SK Seri Iman (0)
- SK Seri Iman (0) - SK Seri Bandi (1)
Bola Jaring
Mesyuarat Jawatankuasa RMT 2010
Hari : SelasaTarikh : 02 Nov 2010
Hari : Ahad
Tarikh : 31 Okt 2010

Sejarah tercipta dan dendam terbalas, malah temasya besar berhak dirayakan oleh Kelantan apabila menjulang anugerah berprestij bola sepak negara, Piala Malaysia buat kali pertama setelah menewaskan Negeri Sembilan 2-1 dalam perlawanan akhir edisi ke-44, semalam.
Malah Wira Merah mengakhiri penantian yang sekian lama selepas dihampakan dalam perlawanan akhir 1955, 1970 dan tahun lalu sekali gus mengekori Perak, Selangor, Pulau Pinang, Pahang, Johor, Kuala Lumpur, Kedah, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan sebagai 11 negeri pemilik Piala Malaysia sejak 1967.
Liputan Khas Lawatan Ke Perak & Penang 2010
Hari : Selasa (mlm Rabu) - Jumaat (mlm Sabtu)Tarikh : 26 Okt -29 Okt 2010
berhenti rehat di hentian Temerloh dan solat subuh di hentian Tapah
Liputan Khas Kem Sayang Disayang 2010
Hari : Ahad -Isnin
Tarikh : 24 Okt 2010 - 25 Okt 2010
Masa : 02.00 petang - 8.30 pagi